NURAQILAH COLLECTIONS****CADAR 100% COTTON MURAH : TESTIMONI PELANGGAN KAMI

Sunday 19 January 2014

TESTIMONI PELANGGAN KAMI

Alhamdulillah,
Perniagaan kami semakin dikenali dan dipercayai ramai. Setiap hari kami menerima tempahan yang semakin banyak. Hari ini kami dikunjungi oleh Pn. Masitah pelanggan dari Kuantan, Pahang. Beliau hadir kerana menghandiri kenduri kawin lalu singgah ke rumah kami untuk beli cadar secara borong sebanyak 30 set. Kami juga dikunjungi oleh Pn. Aloha dari Kuching Sarawak. Pembeli kami dari Saujana Impian, Kajang, Banting,  Meru, Kelantan.

Pelanggan kami yang berkunjung terus ke rumah, semakin ramai. Yang order dan barangan dipos juga ramai.  Alhamdulillah dan terima kasih kepada semua agen kami yang telah memberi sokongan serta kepercayaan kepada kami. Insyaallah kami amat berbesar hati jika sekiranya dengan perkhidmatan yang kami sediakan iaitu membuka ruang dan peluang untuk kita sama-sama meningkatkan pendapatan tambahan berikutan harga barangan serta bil yang semakin tinggi.

Perkara yang amat mengembirakan bila terpancar dari perbualan dan perkataan betapa terujanya setiap daripada agen tentang perniagaan mereka. Alhamdulillah juga bila mereka juga beroleh keuntungan hasil perniagaan cadar yang mereka usahakan.

Semoga kami dapat bersama-sama agen kami beroleh manafaat setimpal dengan usaha yang kami jalankan. Hasrat saya agar dapat kiranya menjadi seorang insan yang banyak memberi manafaat kepada insan lain. Semoga usaha saya (Kak Aida ) dan suami (Abang Anuar) diberkati dan dirahmati Allah.

Insyaallah.

Aidawati Bt Baharuddin
012-2591038