NURAQILAH COLLECTIONS****CADAR 100% COTTON MURAH : Menimba ilmu dengan Dr. Tuah & Kursus 3E

Sunday 3 November 2013

Menimba ilmu dengan Dr. Tuah & Kursus 3E

Saya telah menghadiri kursus 3E yang telah dikendalikan oleh Dr.HMTuah. Saya amat tertarik dengan kata-kata ini. Terjatuh ke dalam parit menjadikan kita membina impian membina jambatan yang kukuh. Saya sendiri telah berulang kali mencuba didalam perniagaan,  dah terlalu banyak kali saya gagal menjana pendapatan. Namun saya rupanya membina ilmu dan kemahiran disepanjang kegagalan itu. Alhamdulillah disaat ini, semua usaha menjadi begitu mudah dah senang serta lancar. Saya ambil kegagalan yang lalu sebagai parit dan pengetahuan, skill, knowledge itu adalah titi yang kukuh seperti didalam kata-kata ini. Dengan skill, knowledge dan experience kini perjalanan menjadi semakin mudah dan senang.
Seandainya anda punya niat untuk menjadi seorang usahawan nasihat saya carilah 3 faktor penting kejayaan pernigaan iaitu :-
1. Niat yang betul,  buat secara bertulis.
2. Matlamat,  target hasil yang anda impikan
3. Melabur di dalam semua bentuk ilmu, skill, knowledge.
     sertai kursus, seminar, buku, vcd,  youtube, video.
Insyaallah anda sedang membina jambatan kukuh anda dan dihujung nanti anda akan capai hasrat yang anda impikan.
Saya juga amat menggalakkan anda membaca buku Mudahnya Menjemput Rezeki kerana disana tersimpan rahsianya.