NURAQILAH COLLECTIONS****CADAR 100% COTTON MURAH : Cadar 100% Cotton Jualan Secara Borong

Tuesday 15 October 2013

Cadar 100% Cotton Jualan Secara Borong

Kami membuka peluang kepada lebih ramai yang inginkan produk untuk dipasarkan. Merujuk kepada statistik jualan kini pasaran cadar 100% cotton didapati sedang menjadi sambutan ramai. Pilihan masa kini, jangan lepaskan peluang anda untuk sama-sama menjadi pengedar jualan cadar 100% cotton. Kami berhasrat untuk membantu gologan wanita yang sedang tercari-cari peluang perniagaan. Saya telah mencuba pelbagai perniagaan sebelum ini. Sejarah saya memulakan perniagaan pada tahun 1998.  Senarai perniagaan yang pernah saya ceburi :-
1. REVELL (1996)
2. COSWAY (1998)
3. PENGEDAR KEREPEK UBI (1998)
4. AGEN INSURANCE HAYAT PRUDENTIAL (1999)
5. AGEN SKIM ANUITI MAA INSURANCE (2000)
6. PENGEDAR NUTRISI HERBALIFE (2012-hingga kini)
7. PENGEDAR CADAR 100% COTTON
Saya mula meningkatkan ilmu perniagaan terutama didalam bahagian marketing. Saya membenarkan diri saya menimba pelbagai jenis ilmu yang berkaitan pemasaran dan perniagaan. Saya pastikan setiap hari dipenuhi dengan ilmu tentang pemasaran. Alhamdulillah kini saya dah kenal blogspot, wordpress, facebook, fanpage,  email marketing serta yang terkini sms marketing.
Saya percaya hanya insan yang minat tentang perniagaan sahaja yang akan tertarik untuk membaca nukilan ini. Buat apa yang anda fikir anda suka, insyaallah anda akan bertemu dengan satu ilmu yang bermanafaat bagi diri anda serta keluarga. Kehidupan di zaman ini memerlukan sumber ekonomi yang baik.  Alhamdulillah dengan ilmu yang dipelajari sikit demi sikit akhirnya saya bertemu dengan 'RAHSIA PEMASARAN ONLINE' yang sebenar.
Didalam saya meningkatkan ilmu pengetahuan didalam pelbagai bidang pemasaran saya juga mengamalkan amalan yang telah merubah kehidupan saya.  Setelah setahun mengamalkannya ternyata saya telah bertemu 'LOMBONG EMAS'  yang saya cari selama ini. Amalan yang saya amlkan adalah SOLAT DHUHA. Memang amalan ini sukar dilakukan pada awalnya,  namun sekiranya telah dibiasakan insyaallah ia bukanlah sukar. Saya pernah membaca sebuah buku bertajuk 'MUDAHNYA MENJEMPUT REZEKI'  . Saranan saya memang amalan yang terkandung didalam buku 'MUDAHNYA MENJEMPUT REZEKI'  memberi Satu Daya Tarikan Seumpama Magnet yang 'MENJEMPUT REZEKI'.  Sekiranya anda ingin menjadi usahawan amalkanlah, insyaallah anda juga berjaya 'MENJEMPUT REZEKI' buat meningkatkan ekonomi anda sekeluarga.